سلامت داتڠ ك لامن راسمي سكوله كبڠسأن ڤاڬر بسي ﴿سكوله بيستاري لوار بندر﴾ كوالا نيروس ترڠڬانو

PSS

Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi dalam perkembangan kurikulum dan ko kurikulum di sekolah. Di sinilah tempat mengumpul, membina, memproses dan menyediakan bahan-bahan cetak dan bukan cetak. Ia juga merupakan agensi harapan oleh pelanggannya dalam menyampaikan penyebaran ilmu dan pengetahuan.
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pagar Besi telah dibina di bawah Projek Bantuan Bank Dunia ke 10. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1991 dan diserahkan pada pihak sekolah pada 10  Februari 1991. Sebelum bangunan ini siap, pihak sekolah mempunyai sebuah Pusat Sumber yang luasnya sebesar sebuah bilik darjah. Dengan siapnya bangunan baru ini, Pusat Sumber dipindahkan dan mula beroperasi pada bulan Mei 1991.
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pagar Besi mempunyai keluasan kira-kira 2 bilik darjah. Terdapat juga beberapa ruangan, sudut dan bilik tertentu yang disusun atur dengan kemas dan menarik seperti sudut pameran, sudut bercerita, sudut rujukan guru, sudut nilam, sudut Sal, sudut info, sudut bacaan dan sudut karya murid. Manakala ruangan pula seperti ruangan rak buku fiksyen Tahap 1 dan Tahap 2, ruangan kaunter pinjaman dan pulangan buku, ruangan rak bank soalan, ruangan sastera dan ruangan santapan minda. Bilik-bilik PSS pula terdiri daripada bilik bengkel guru,bilik BBM,bilik PPSMI, bilik Tayangan/Astro,bilik Muzik dan Makmal Komputer.

Kini, pada tahun 2012, setelah siapnya bangunan baru, Pusat Sumber Sekolah telah berpindah ke tingkat 3 bangunan baru. Bermula juga tahun ini, Pusat Sumber Sekolah akan menggunakan sistem automasi sepenuhnya dalam urusan harian.









No comments: