سلامت داتڠ ك لامن راسمي سكوله كبڠسأن ڤاڬر بسي ﴿سكوله بيستاري﴾ كوالا نيروس ترڠڬانو

SEJARAH


* SEDIKIT RALAT PADA VIDEO DI ATAS..SABRI OOIWA ABDULLAH TIADA KENA MENGENA DENGAN FOKUOKA MUNICIPAL OSA ELEMENTARY SCHOOL, DAN BELIAU TIADA ADIK BERADIK DI SINI. TUGU TERSEBUT ADALAH LAMBANG HUBUNGAN DENGAN SKPBe - FOKUOKA SAHAJA.

SEKILAS PANDANG...

Sekolah Kebangsaan Pagar Besi telah dibuka pada 01.01.1970. Di awal penubuhan, bilangan murid hanyalah seramai 105 orang murid  dan tenaga pengajarnya  hanya 8 orang guru sahaja. Pada peringkat awal sekolah ini mempunyai 3 buah bilik dan sebuah kantin.

Pengasas sekolah ini ialah Tuan Haji Husin bin Musa. Sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu pada 30.07.1976 setelah kira-kira sebulan beroperasi. Penduduk di Kampung Pagar Besi merupakan nelayan, petani dan sebahagian kecil adalah kakitangan kerajaan dan swasta. Jarak SK Pagar Besi ke bandar Kuala Terengganu adalah 30 kilometer. Sekolah ini mempunyai keluasan 6.404 ekar yang terletak di atas lot 8449.

Setelah beroperasi selama 20 tahun, sekolah ini telah berubah wajah dari bangunan lama kepada yang lebih besar. Sehingga tahun 2009, Sekolah Kebangsaan Pagar Besi mempunyai 8 blok bangunan, satu bangunan 2 tingkat dan sebuah bangunan khas Pusat Sumber. Bangunan Blok utama (A) menempatkan bilik pejabat, bilik Guru Besar, bilik Penolong Kanan, bilik guru dan makmal sains. Manakala blok B pula mempunyai 3 buah kelas, tandas guru dan tandas murid.

Blok C dan D masing-masing mengandungi 3 buah kelas. Blok E pula merupakan Bangunan Khas Pusat Sumber sekolah. Blok F terdiri daripada bangunan 2 tingkat. Tingkat atas menempatkan 4 buah kelas, stor buku teks dan 2 buah tandas. Manakala di tingkat bawah pula mengandungi  bilik Kemahiran Hidup, 2 buah kelas, sebuah stor Pendidikan Jasmani dan 2 buah tandas murid.
Blok G adalah bangunan tambahan yang mengandungi 2 buah kelas yang telah siap dibina pada tahun 1998. Selain itu pada tahun 2003 sebuah makmal komputer telah siap dibina. Pada tahun 2005 bangunan Pra Sekolah 1 telah dibina dan beroperasi dengan lancar dan pada tahun 2008 pula bangunan Pra Sekolah 2 pula dibina dan beroperasi dengan baik.

Setelah berlakunya pertambahan murid di SK Pagar Besi telah menyebabkan bilangan kelas tidak mencukupi. Oleh itu pada tahun 2010, SK Pagar Besi telah dinaiktaraf. Pihak Kementerian Pelajaran telah meluluskan 1 blok bangunan 3 tingkat dan 4 tingkat bersambung yang kini telah beroperasi.

Pada tahun 2022, jumlah murid SK Pagar Besi kini adalah hampir 626 orang dan jumlah guru pula seramai 45 orang. SK Pagar Besi kini ditadbir oleh seorang Guru Besar iaitu Cikgu Azri Rozaimi dan dibantu oleh 3 orang Penolong Kanan.

No comments: